Pelaksanaan eKehadiran dalam APDM

Print
Category: Unit Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan Published on Friday, 01 February 2013 Written by Suhaimi Shaarani @ Tan

Untuk Perhatian:
Pengetua dan Guru Besar,
Sekolah-sekolah Daerah Kulaijaya.

1. Sukacita dimaklumkan Bahagian Pengurusan Sekolah Harian Kementerian Pelajaran
Malaysia (BPSHKPM) menerusi Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) telah
membangunkan modul e-Kehadiran murid bagi memudahkan pihak pengurusan tertinggi
(PPD/JPN/KPM) agar dapat memantau statistik kehadiran murid seluruh Negara secara
masa nyata (realtime).

2. Berdasarkan surat siaran KP (BPSH-SPDK) 201'1005102/Jld.4 (38)
yang bertarikh 10 Januari 2013 bahawa modul ini perlu diperluaskan ke sekolah-sekolah
kerajaan dan bantuan kerajaan pada awal persekolahan tahun semasa.

3. Sehubungan dengan itu, JPN Johor akan melaksanakan modul e-Kehadiran murid
secara rasmi bermula 04 Februari 2013 (lsnin) selepas mengambil kira tempoh mengemaskini
maklumat murid APDM di peringkat sekolah.

4. Pihak sekolah perlu melantik Pembantu Tadbir untuk melaksanakan e-Kehadiran
murid sepertimana manual yang boleh dimuat turun di laman APDM. Pembantu Tadbir yang
dilantik untuk mengunci masuk kehadiran murid setiap hari sebelum jam 9 pagi (sesi pagi)
dan 2.30 petang (sesi petang).
Data e-Kehadiran ini digunakan oleh Portal Dashboard PPD
yang akan digunakan sepenuhnya muiai tahun 2013.

5. Sebarang pertanyaan, sila berhubung dengan Pegawai Teknikal APDM Negeri En'
Kairul Annuar Bin Abd Aziz, Sektor Pengurusan Maklumat di talian 072310184 / 013-
7790625.

Sila muat turun surat arahan di bawah. Surat sebenar telah dihantar ke sekolah pada 1/2/2013.

 

Attachments:
Download this file (SURAT ARAHAN JPN JOHOR.pdf)Pelaksanaan eKehadiran dalam APDM[ ]606 Kb
Powered by Bullraider.com
Hits: 3786