• banner
  • misi
  • visi
  • budaya
  • motto2
  • raya

Makluman Pengurusan Data EMIS / APDM 2013

Print
Category: Unit Pengurusan Maklumat Published on Wednesday, 26 December 2012 Written by Suhaimi Shaarani @ Tan


Untuk perhatian:
Guru Data & Maklumat,
Sekolah-sekolah daerah Kulaijaya.

Hasil Mesyuarat Pengurusan Data Negeri pada 26 Disember 2012, diputuskan perkara berikut untuk tuan mengambil tindakan sewajarnya:

  1. Data Enrolmen dalam EMIS telah dibersihkan dan tuan dikehendaki menyempurnakan data enrolmen 2013 selewatnya jam 5 petang, 4 Januari 2013.
  2. Mohon dipastikan pergerakan semua guru dan kakitangan terutama Barisan Hadapan (Pentadbir) diselesaikan sebelum 1 Januari 2013. Pindahkan yang mana perlu dan terima mana yang telah didaftar masuk.
  3. Mohon dipastikan koordinat sekolah adalah tepat. Ia boleh disemak menggunakan Google Maps. Jika berlaku kesilapan, mohon dihantar koordinat yang betul kepada UMICT, PPD Kulai melalui emel.
  4. Modul Kehadiran Guru akan beroperasi bila-bila masa. Ia akan diisi oleh Pembantu Tadbir sekolah. Bagi menyesuaikan diri, GDM boleh mula menggunakan Modul EG-Hadir dalam Sistem Dashboard JPNJ di alamat http://www.moe.gov.my/jpnjohor/sppj atau pada melalui pautan di Aplikasi Online portal ini. Gunakan KODSEKOLAH sebagai Username dan 123 sebagai katalaluan. Sila tukar katalaluan sebagai langkah keselamatan.
  5. Data kelas dalam APDM akan dinaikkan secara automatik oleh pihak KPM. Mohon admin sekolah mengemaskini nama Guru Kelas dan Nama Kelas sekolah masing-masing.
  6. Modul Kehadiran Pelajar juga akan mula digunakan di dalam APDM bermula tahun 2013. Penerangan akan diberikan kemudian.

Maklumat selanjutnya akan disampaikan dari semasa ke semasa.

Harap maklum.
Powered by Bullraider.com
Hits: 1233