• banner
  • misi
  • visi
  • budaya
  • motto2

Pertandingan Liga Remaja Kreatif 2013

Print
Category: Unit Pengurusan Maklumat Published on Monday, 29 April 2013 Written by Ayatul Kauthar bin Basemin @ Baseman

Pengetua

Sekolah-sekolah Menengah Daerah Kulaijaya.

Tuan/Puan,

Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dengan kerjasama Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH), Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) mengundang penyertaan kreatif murid-murid sekolah menengah untuk menyertai pertandingan mencipta video berdasarkan tema : KLIK DENGAN BIJAK yang bermula dari 29 April sehingga 21 Jun 2013.

2. Bahan-bahan promosi untuk pertandingan ini akan dihantar ke semua sekolah menengah bermula Isnin, 29 April 2013. 

3. Butiran lanjut mengenai pengenalan, syarat-syarat pertandingan, hadiah dan sebagainya boleh didapati di laman sesawang Liga Remaja Kreatif di capaian http://lrk.skmm.gov.my.

4. PPD Kulai berharap agar pihak tuan dapat menggalakkan dan menghebahkan kepada semua murid sekolah tuan supaya menyertai pertandingan ini.

5. Sebarang pertanyaan boleh diajukan terus ke pihak SKMM  di talian 03-8688 8328 atau melalui emel ke This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. .

Sekian untuk makluman dan tindakan tuan.

Terima kasih.

Powered by Bullraider.com
Hits: 1197