• banner
  • misi
  • visi
  • budaya
  • motto2

Analisis Responden Sekolah bagi Ujian Kompetensi ICT KPM

Print
Category: Unit Pengurusan Maklumat Published on Monday, 21 October 2013 Written by Suhaimi Shaarani @ Tan

Untuk perhatian:
Pengetua dan Guru Besar,
Sekolah-sekolah Kulaijaya.

Analisis daripada Ujian Kompetensi ICT setakat 21 Oktober 2013 jam 2.00 petang, menunjukkan hanya 2 buah sekolah daripada 70 yang berada di dalam daerah ini telah menyempurnakan Ujian tersebut. Pihak PPD Kulai merakamkan setinggi tahniah kepada SK Senai dan SJKC Sedenak.

Sukacita diingatkan kepada sekolah lain bahawa tarikh akhir bagi negeri Johor adalah pada 22 Oktober 2013. Sekali lagi dimohon kerjasama tuan untuk mengarahkan semua guru dan pentadbir di sekolah tuan agar melengkapkan ujian tersebut.

Maklumat dari Portal Ujian:
Ujian ini merupakan komponen di dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. Semua GURU dan PENTADBIR WAJIB menjawab semua soalan mengikut tempoh tarikh dan masa yang ditetapkan.
Sila ikut tarikh seperti berikut untuk mengelakkan kesesakan sistem:
26 Sep - 02 Oct 2013 - Perlis, Perak dan Melaka
03 Oct - 08 Oct 2013 - Kelantan, Terengganu dan Pahang
09 Oct - 16 Oct 2013 - P.Pinang, Kedah dan WP Labuan
17 Oct - 22 Oct 2013 - Negeri Sembilan, WP Kuala Lumpur dan Johor
23 Oct - 31 Oct 2013 - Sabah, Sarawak dan Selangor

Makluman:
* Sekiranya mempunyai masalah, anda boleh rujuk ke Soalan Lazim ("FAQ") atau boleh hubungi HELPDESK di talian 03-77310327 (Isnin - Jumaat: 8am hingga 6pm) atau di email This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
* Pihak HELPDESK tidak mengeluarkan sebarang keputusan ujian. Keputusan hanya dikeluarkan oleh Bahagian Pendidikan Guru (BPG).

 

Dilampirkan Analisis Responden untuk makluman tuan.

Powered by Bullraider.com
Hits: 1488