Penghantaran Data Pelaksanaan Melindungi Masa Instruksional (MMI)

Print
Category: Unit Pengurusan Akademik Published on Tuesday, 09 April 2013 Written by Rozani bin Mohamad

Perhatian kepada

Pengetua/Guru Besar

Sekolah-Sekolah Daerah Kulaijaya

 

Penghantaran Data Pelaksanaan Melindungi Masa Instruksional (MMI)

 

Adalah dengan hormatnya dimaklumkan bahawa sekolah-sekolah perlu mengisi data pelaksanaan MMI setiap bulan secara atas talian menerusi ruangan “One Stop Data Center JPN Johor” di portal rasmi Jabatan Pelajaran Johor.

 

Makluman pengisian data MMI secara atas talian telah diberi kepada Guru Penolong Kanan Pentadbiran semasa taklimat e-Operasi Sekolah Menengah/Rendah Daerah Kulaijaya pada 5 Mac 2013.

 

Bersama ini disertakansenaraikan sekolah-sekolah yang belum menghantar data MMI secara atas talian pada bulan Januari 2013 sehingga bulan Mac 2013. (sila login untuk lihat lampiran)

 

Diharap sekolah-sekolah terlibat dapat mengambil tindakan segera bagi mengisi maklumat berkenaan. Untuk makluman tuan, data pelaksanaan MMI ini dapat dipantau terus secara atas talian oleh pihak Jabatan Pelajaran Johor.

 

Jika ada pertanyaan berkaitan MMI, sila hubungi En. Rozani bin Mohamad, Penolong PPD Kemanusiaan, PPD Kulai di talian 013-7738548.

 

Sekian, terima kasih.

Powered by Bullraider.com
Hits: 885