• banner
  • misi
  • visi
  • budaya
  • motto2

Taklimat Program 'i-THINK' Bagi Ketua Panitia Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains Dan Matematik Sekolah-sekolah Menengah Daerah Kulaijaya Tahun 2013

Print
Category: Unit Pengurusan Akademik Published on Monday, 06 May 2013 Written by Zalzaifulkhafiz bin Sulaiman

Assalamualaikum wbt dan Salam sejahtera

Untuk perhatian Pengetua / GPK 1
Sekolah-sekolah Menengah Daerah Kulaijaya.

Taklimat bagi penyebaran maklumat Program 'i-THINK' bagi sekolah-sekolah menengah daerah Kulaijaya yang melibatkan Ketua-ketua Panitia Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik akan dilaksanakan seperti ketetapan berikut

Tarikh     :   15 Mei 2013 (Rabu)
Masa      :   2.00 - 5.00 petang
Tempat   :   Bilik Seminar, PPD Kulaijaya.

Sehubungan itu, mohon kerjasama tuan membenarkan Ketua-ketua Panitia bagi subjek-subjek di atas (4 orang) menghadiri taklimat tersebut. Surat siaran berkaitan telah dimasukkan ke dalam peti surat sekolah masing-masing pada hari ini.

Sekiranya ada pertanyaan, sila hubungi Puan Anita Primus, Pen. PPD Bahasa Inggeris (Menengah).

Sekian, terima kasih

Powered by Bullraider.com
Hits: 545