• banner
  • misi
  • visi
  • budaya
  • motto2
  • raya
  • merdeka

SEGERA DAN PENTING Penilaian Pelaksanaan Sarana Ibu Bapa Dan Sarana Sekolah

Print
Category: Unit Pengurusan Sekolah Published on Thursday, 18 July 2013 Written by Mahamad Shobri bin Hajar

SEGERA DAN PENTING

Pengetua / Guru Besar

Sekolah-sekolah daerah Kulaijaya

(up: Setiausaha PIBG dan Ketua Biro Maklumat Sekolah)

Tuan,

PENILAIAN PELAKSANAAN SARANA IBU BAPA DAN SARANA SEKOLAH

Dengan hormatnya merujuk kepada perkara yang tersebut diatas dan surat daripada Jabatan Pelajaran Johor bernombor rujukan JPNJ.PP(31)/100-5/3/1(     ) bertarikh 4 Julai 2013 dan Bahagian Pengurusan Sekolah Harian bernombor rujukan KP(BPSH-PCPGTP2.0)900/02/01 Jld.4 (55) bertarikh 3 Julai 2013 adalah berkaitan.

2.            Sehubungan itu, bersama-sama ini disertakan Lampiran B1 (pengumpulan data kehadiran penglibatan ibu bapa dalam aktiviti sekolah sehingga bulan Julai 2013 peringkat sekolah dan Lampiran B4 (pengumpulan data soal selidik pelaksanaan inisiatif ibu bapa, komuniti dan sektor swasta bulan Julai 2013 peringkat sekolah/Pejabat Pelajaran Daerah/Jabatan Pelajaran Negeri) untuk dilengkapkan oleh Setiausaha PIBG dan Ketua Biro Maklumat Sekolah secara atas talian sepertimana langkah-langkah yang disertakan dalam lampiran Online sebelum 25 Julai 2013.Bagi capaian Lampiran B4 akan dibuka secara rasmi mulai 22 Julai 2013 pada jam 12.00 tengahari.

3.            Bersama-sama ini dilampirkan surat daripada Bahagian Pengurusan Sekolah Harian bernombor rujukan KP(BPSH-PCPGTP2.0)900/02/01 Jld.4 (55) bertarikh 3 Julai 2013 yang jelas menerangkan maksudnya. Kerjasama dan perhatian tuan berhubung perkara ini didahului dengan ucapan terima kasih. Sebarang pertanyaan, sila hubungi En. Abd Rahman Bin Safii di talian 019-7527299.

Sekian.

Attachments:
Download this file (PENGUMPULAN DATA SARANA JULAI SECARA ON LINE.doc)Lampiran Online[Langkah-langkah Pengisian Data Secara Online]29 Kb
Download this file (penyerahan data bulan Julai-1(1).pdf)KP(BPSH-PCPGTP2.0)900/02/01 Jld.4(55)[Surat BPSH]468 Kb
Powered by Bullraider.com
Hits: 2043