• banner
  • misi
  • visi
  • budaya
  • motto2

Bantuan Yuran Persekolahan Tadika Swasta Tahun 2013

Print
Category: Unit Pengurusan Sekolah Published on Monday, 14 January 2013 Written by Mahamad Shobri bin Hajar

Tindakan :

Pengerusi / Guru Besar Tadika Swasta

Ibu bapa Tadika Swasta

MAKLUMAT BANTUAN YURAN TADIKA SWASTA DAERAH KULAIJAYA TAHUN 2013

 

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2.         Sehubungan itu, tuan/puan dikehendaki melaksanakan perkara-perkara di bawah :-

            2.1. Semua pengusaha atau guru besar tadika swasta dikehendaki mengemaskini data murid secara online ke dalam Sistem Maklumat Prasekolah Kebangsaan (SMPK) tahun 2013. Proses kemasukan data hendaklah melalui  smpk.mydan dilengkapkan sebelum atau pada 31 Januari 2013. Tadika yang tidak dapat melengkapkan data dalam tempoh yang ditetapkan akan dikehendaki hadir ke Jabatan Pelajaran Johor untuk menghadiri bengkel SMPK.

      2.2. Sukacita dimaklumkan bahawa permohonan bantuan yuran pra-sekolah swasta 2013 telah dibuka. Permohonan boleh dibuat melalui Sistem Bantuan Yuran Pra-Sekolah Swasta di laman web Jabatan Pelajaran Johor  diruangan aplikasi online. Tarikh Tutup ialah 1 Mac 2013. Borang permohonan boleh diperolehi di JPN, Pejabat Pelajaran Daerah  atau boleh dimuat turun. Borang permohonan yang telah lengkap beserta dokumen yang diperlukan mestilah dihantar kepada Penyelia Pendidikan Daerah Kulai sebelum 1 Mac 2013.

            2.3. Kepada  tadika swasta yang masih belum memperbaharui permit mengajar/pengelola/ pekerja bagi  tahun ini, sila buat pembaharuan sebelum 31 Januari 2013.  Semua guru baru perlu mempunyai permit mengajar (Seksyen 114, Akta Pendidikan 1996). Sekiranya tiada permit mengajar akan dikenakan denda sebanyak RM5,000.00 di bawah Seksyen 133 Akta Pendidikan 1996 (Akta 550).

3           Sebarang pertanyaan, sila hubungi En. Mahamad Shobri Bin Hajar (Penyelia Pendidikan Swasta, PPD Kulai) melalui talian 012-7222209 / 07-6605552

Sekian, terima kasih.

 

Attachments:
Download this file (9. Borang Bantuan Yuran 2013.pdf)Borang Bantuan Yuran Tahun 2013[ ]136 Kb
Powered by Bullraider.com
Hits: 3085