• banner
  • misi
  • visi
  • budaya
  • motto2

Pelaksanaan E-Kehadiran Menerusi Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM)

Print
Category: Unit Pengurusan Sekolah Published on Monday, 28 January 2013 Written by Suhaimi Shaarani @ Tan

Semua Pengetua/Guru Besar

Sekolah-Sekolah Negeri Johor

Perkara diatas adalah dirujuk

2. Sukacita dimaklumkan Bahagian Pengurusan Sekolah Harian Kementerian Pelajaran Malaysia (BPSHKPM) menerusi Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) telah membangunkan modul e-kehadiran murid bagi memudahkan pihak pengurusan tertinggi (PPD/JPN/KPM) agar dapat memantau statistik kehadiran murid seluruh Negara secara masa nyata (realtime). Berdasarkan surat siaran KP(BPSH-SPDK)201/005/02/Jld. 4 (38) yang bertarikh 10 Januari 2013 bahawa modul ini perlu dilaksanakan sekolah-sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan pada awal persekolahan tahun semasa.

3. Sehubungan dengan itu, JPN Johor akan melaksanakan modul e-kehadiran murid secara rasmi bermula 4 Februari 2013 selepas mengambil kira tempoh mengemaskini maklumat murid APDM diperingkat sekolah.

4. Pihak sekolah perlu melantik pembantu tadbir untuk melaksanakan e-kehadiran murid sepertimana manual yang dibekalkan. Pembantu tadbir yang dilantik akan mengunci masuk kehadiran murid setiap hari sebelum jam 9 pagi (sesi pagi) dan 2.30 petang (sesi petang). Data e-kehadiran ini digunakan oleh Portal Dasboard PPD yang akan digunakan sepenuhnya mulai tahun 2013.

5. Bagi memastikan pelaksanaan e-kehadiran murid ini berjalan sepertimana yang dirancang, pihak kami memohon jasa baik semua PPD untuk mengambil tindakan yang sewajarnya agar sekolah-sekolah dapat memberi komitmen dalam pelaksanaan e-kehadiran murid APDM.

Sekian terima kasih

Berkhidmat Untuk Negara


Sumber: Portal JPNJ

Powered by Bullraider.com
Hits: 2256